Monday 9 May 2011

ETIKA MAKAN BAGI KANAK-KANAK

•   Cara hendak mula makan
•   Cara makan dengan tangan
•   Cara makan dengan sudu, garpu, pisau
•   Cara makan di meja makan
•   Cara minum pagi
•   Cara makan tengah hari
•   Cara minum petang
•   Cara makan malam

PANDUAN MENGHIDANGKAN MAKANAN UNTUK KANAK-KANAK

KESAN PEMAKANAN YANG TIDAK BERSIH DAN TIDAK BERKHASIAT TERHADAP KANAK-KANAK

•   KERACUNAN MAKANAN
  kanak-kanak akan mengalami keracunan makanan kerana makanan yang dimakan tidak dijaga kebersihannya
•   MUDAH MENDAPAT PENYAKIT
  antibodi kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa, oleh itu mereka mudah mendapat sesuatu jangkitan

PANDUAN MEMILIH BAHAN-BAHAN MENTAH SEGAR DAN BERSIH

CARA MEWUJUDKAN WAKTU MAKAN YANG MENYERONOKKAN

•   Elakkan memarahi kanak-kanak semasa makan
•   Jangan ugut kanak-kanak untuk makan
•   Galakkan kanak-kanak makan sendiri
•   Memperkenalkan sesuatu jenis makanan baru secara langsung dan tidak langsung
•   Makanlah bersama-sama
•   Elakkan melakukan aktiviti lain semasa makan (menonton televisyen)
•   Elakkan menghidangkan makanan yang terlalu banyak
•   Sediakan makanan ringan yang kurang lemak dan berkhasiat (buah-buahan, sayur-sayuran dan dadih)

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

Menyediakan makanan yang seimbang adalah penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar.
•   Dapat memberi tenaga yang diperlukan oleh setiap kanak-kanak dalam aktiviti belajar sambil bermain
•   Dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta sembuh daripada luka ataupun penyakit
•   Ia penting bagi pembinaan badan dan juga pembesaran yang baik
•   Otak dapat berkembang dengan sihat dan cerdas

KESAN GIZI YANG TIDAK SEIMBANG


GIZI SEIMBANG

•   Gizi seimbang 
merupakan gizi yang mengandungi   
karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut 
dalam nisbah yang betul untuk memenuhi keperluan badan

LANGKAH-LANGKAH YANG DISYORKAN MENGIKUT PIRAMID MAKANAN

•   Makan pelbagai makanan
•   Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran dan 3-6 hidangan roti berserat tinggi, bijirin dan kacang setiap hari
•   Kurangkan makanan yang diproses
•   Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kulit sekali tetapi pastikan makanan yang dibasuh dengan bersih
•   Dapatkan serat dari makanan dan tidak dari bentuk pil
•   Banyak minum air kosong iaitu lebih kurang enam hingga lapan gelas sehari

PANDUAN PIRAMID MAKANAN

ELAKKAN DARIPADA KANAK-KANAK

Makanan berikut harus dielakkan daripada kanak-kanak
•   Makanan ringan disebabkan pewarna tiruan, perasa atau gula yang berlebihan yang boleh merosakkan kesihatan
•   Makanan yang masingaram yang berlebihan akan menyebabkan penyakit lain apabila dewasa
•   Makanan yang manis
•   Makanan dalam tin
•   Buah-buahan jeruk
•   Makanan yang berminyak dan berlemak

JENIS MAKANAN YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK-KANAK





TUJUAN PENEKANAN KONSEP PEMAKANAN

•    Meningkatkan kesihatan kanak-kanak
•    Membina kelaziman kanak-kanak supaya makan makanan yang berkhasiat
•    Meningkatkan proses perkembangan dan pertumbuhan yang positif
•    Memelihara adab sopan dan peraturan makan
•    Berpeluang memperolehi bimbingan ilmu pengetahuan tentang pemakanan
•    Memantapkan daya ketahanan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi atau rohani

KONSEP MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

•    Makanan ialah bahan yang menarik rasanya dan pada masa yang sama boleh menghilangkan rasa kelaparan
•    Makanan juga ialah bahan-bahan pepejal atau cecair yang apabila dimakan boleh menyebabkan pertumbuhan badan, membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan badan dengan perkataan lain ianya mengawal kehidupan
•    Pemakanan adalah sains nilai makan termasuk berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan
•    Makanan berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada manusia untuk terus hidup
•    Terdapat pelbagai jenis makanan untuk tubuh badan yang sihat dan cergas seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral dan gentian